#42 Amah Dera Bayi Di Penjara 20 Tahun

Amah yang ditangkap baru-baru ni, Yuliana, 23 tahun *muda lagi kot* dikena kan penjara 20 Tahun.. selepas mengaku bersalah terhadap 2 pertuduhan mendera bayi berusia 4 bulan. Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana diklasifikasikan sebagai amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.



Hakim Mohd Azhar berkata, ''Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah. Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," 

beliau yang bekerja tak sampai sehari di rumah tersebut di dakwa mengikut Seksyen 301(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun Bagi pertuduhan pertama,iaitu menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa. 

Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun bagi kesalahan pertama dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua. Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed. 

demikian lah berita dari wartawan anda, Eyla_kbaharin untuk berita Muehehehe, kita kembali ke studio 

*ppttuiihhh* gebang okay gebang ! 

p/s: anak dah kena dera sampai camtu sekali pun, si parent still ada belas kasihan kat Amah tu...you are very lucky dear Amah !! both mother and father boleh di consider as baik hati tahu !!
 



Comments

Popular Posts